TAHFIZ ABADA
Tahfiz Al-Quran ABADA di bawah kelolaan Yayasan ABADA ditubuhkan pada 1992 adalah sebuah Institut pendidikan ilmu Islam, Bahasa Arab dan Al-Quran secara menyeluruh didaftarkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
SPM Fast Track
-Terbuka Kepada Pelajar Tahfiz dan Pondok Seluruh Malaysia-
-Berumur 16 tahun ke atas dan mempunyai asas dalam Pengajian Islam-
Sijil Tahfiz
13 hingga 14 tahun, sukatan Al-Azhari, Hafazan, Fardhu Ain & Bahasa Arab, tempoh pengajian 3 tahun.
FASILITI
Institut Pendidikan Islam dan Tahfiz Al-Quran (ABADA) ditubuhkan pada 17hb Rabiul Awal 1417H bersamaan 2hb Ogos 1996M, mempunyai kemudahan fasiliti yang selesa untuk pembelajaran.
BANGUNAN PENTADBIRAN
Bangunan 3 tingkat berkeluasan lantai 14,700 kaki persegi, 10 bilik darjah, dewan kuliah dan pejabat pentadbiran.
BANGUNAN KELAS
Bangunan setingkat berkeluasan lantai 3,000 kaki persegi menempatkan bilik darjah dan perpustakaan.
TABUNG DANA PENDIDIKAN
Tahfiz ABADA menanggung kos operasi elaun guru, keperluan anak yatim dan miskin, pendidikan percuma dan penyelenggaraan mencecah RM45,000.00 sebulan. Sumbangan amal jariah dan wakaf untuk meringankan kos operasi, kerja-kerja pembangunan dan penyelenggaraan amat dialu-alukan.
SUMBANGAN ONLINE
Sumbangan amal jariah dan wakaf tunai boleh dilakukan melalui pindahan bank dan isikan borang sumbangan secara online.
MATLAMAT DANA
Segala sumbangan amal jariah dan wakaf telah melahirkan 500 pelajar Al-Hafiz menjadi Imam dan Guru.
DI BAWAH KELOLAAN
Tahfiz ABADA turut bekerjasama dengan organisasi-organisasi utama dalam bidang Tahfiz, Pendidikan dan Dakwah.
Yayasan ABADA
Pertubuhan membawa takrif nama “Akademi Bimbingan Agama dan Al-Quran”, bernombor pendaftaran PPM-011-02-22042013.
PERMATA AL QURAN
Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia
HESA KEDAH
Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah
IKUTI KAMI
Ikuti perkembangan terkini aktiviti Tahfiz ABADA melalui Facebook, Instagram dan Youtube.