AL-QURAN PENDIDIKAN UTAMA

17 MAC 2019, Parit Panjang; Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2018 yang diadakan di Institut Pendidikan Islam Dan Tahfiz Al-Quran (ABADA) bagi menghargai pencapaian pelajar yang menduduki SPM 2018 telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Shamsul Jamili bin Yeob, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (UniSHAMS). Majlis ini turut dihadiri oleh Prof. Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Rektor UniSHAMS dan pegawai-pegawai kanan UniSHAMS.

Dalam ucapan Pengarah Institut Pendidikan Islam Dan Tahfiz Al-Quran (ABADA), Tuan Haji Idris bin Haji Muhamud A.M.K telah menyatakan bahawa Al-Quran telah menjadi Pendidikan utama di Negara kita. Dimana semua pihak termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi peluang yang seluas-luasnya kepada pelajar tahfiz untuk menyambung pengajian di IPTA dan IPTS. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mewujudkan kokurikulum khas di peringkat menengah dimana di dalam SPM telah dimasukkan subjek Hafazan Al-Quran di bawah Kokurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan Subjek Tahfiz Al-Quran juga telah dimasukkan dalam STPM bermula tahun ini. Oleh itu, Al-Quran Pendidikan Utama adalah tema terbaik untuk memartabatkan Pendidikan Al-Quran.

Manakala diperingkat IPTA dan IPTS pula, Bidang Al-Quran dan Qiraat telah diterima oleh kebanyakkan Universiti. UniSHAMS adalah Universiti pertama di Malaysia yang memartabatkan Al-Quran dengan semua Fakulti diwajibkan subjek hafazan Al-Quran. Dengan perkembangan ini membuktikan bahawa sistem Pendidikan arus perdana di Negara kita telah menerima Al-Quran sebagai Pendidikan Utama dalam ushaa mempertingkatkan modal insan yang lebih cemerlang.

Justeru itu, marilah kita sama-sama membantu perkembangan Pendidikan Al-Quran disemua peringkat dengan menyumbang bagi menyediakan prasarana kemudahan Pendidikan kepada pelajar yang semakin bertambah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.