AL-QURAN PENDIDIKAN UTAMA PEMANGKIN KELESTARIAN UMMAH

O5hb Mac 2020, Baling; Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar STM dan SPM 2019 telah disempurnakan perasmian oleh Prof. Dr. Shamsul Jamili bin Yeob, Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAM) yang berlangsung di Dewan Sheikh Mahmud Nasri Othmani, Institut Pendidikan Is1am Dan Tahfiz A1-Quran (ABADA). Sebelum itu, Naib Canselor UniSHA/vI juga telah merasmikan papan tanda Maahad Tahfiz Angkat UniSHAIvI di pintu masuk. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Mursyid Am ABADA, Dr. Sheikh Solah Khalifah Mohamad Khalifah dan para pegawat tertinggi UniSHAM, Dekan-dekan Fakulti serta pensyarah-pensyarah UniSHAM .


Pada Majlis ini, kita telah meraikan pelajar-pelajar yang berjaya dengan cemerlang dalam SPM dan STM 2019. Pihak Abada mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pelajar yang Berjaya sehingga ada yang mendapat cemerlang SA, 7A, 6A, 5A dan sekalung penghargaan kepada guru-guru yang bersungguh-sungguh membantu pelajar sebingga Berjaya. Tahniah untuk semua.


Institut Pendidikan Islam Dan Tahfiz Al-Quran (ABADA) telah diangkat sebagai Maahad Tahfiz Angkat Kulliyyah Usuluddin dan Sains Al-Quran UniSHAM di bawah Kerjasama Pendidikan melalui program SPM FAST TRACK ROAD TO UNISHAM. Dengan pengiktirafan ini pihak Institut akan menjadi Pusat Pengajian SPM bagi membuka laluan kepada pelajar tahfiz menyambung pengajian di UNISHA.M. Diharap dengan kerjasama ini akan memberi peluang seluas-luasnya kepada pelajar lepasan tahfiz mengambil SPM dan seterusnya menyambung pengajian di peringkat Universiti. Program ini juga diperluaskan lagi kepada pelajar-pelajar pondok

Bagi memastikan program ini berjalan dengan baik, pihak kami berharap sangat kepada masyarakat dapat membantu kami menyediakan prasarana kepada pelajar-pelajar SPM ini yang dijangka meningkat kepada seramai 200 orang pelajar tahun hadapan. Sumbangan tuan/puan Budiman perihatin amatlah kami alu-alukan. Semoga dengan bantuan daripada semua pihak, kami dapat membantu pelajar-pelajar mendapatkan Pendidikan terbaik bagi memastikan kejayaan mereka.

Sumbangan Online

https://www.facebook.com/Pondoktahfizabada/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.