Matlamat Dana Pendidikan dan Kebajikan

  • Membantu masyarakat untuk meringankan kesusahan di kalangan warganegara Malaysia yang amat memerlukan bantuan.
  • Membantu membangun Institusi Pendidikan, pembaikan atau penyelenggaraan yang akan digunakan semata-mata bagi maksud ibadah atau kemajuan dan perkembangan Agama Islam.
  • Meninggikan taraf pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Al-Quran peringkat rendah, menengah dan tinggi kepada semua lapisan masyarakat yang memerlukan.
  • Pemberian sesuatu biasiswa atau hadiah untuk individu bagi kerja-kerja pelajaran atau kerja-kerja penyelidikan dalam sesebuah Institusi di Malaysia.

Segala sumbangan amal jariah dan wakaf yang disalurkan oleh Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan yang merupakan Ahli Tabarru’ ABADA selama ini sejak tahun 1996 hingga sekarang telah melahirkan lebih 500 pelajar Al-Hafiz menjadi Imam dan Guru.

Semua ini memerlukan sumbangan dan bantuan berterusan masyarakat prihatin bagi menyiapkan beberapa kemudahan yang diperlukan segera untuk menjalankan program dan aktiviti yang dirancang.

Semoga usaha ini diberkati dan mendapat pertolongan dari yang Maha Esa.