RAYUAN SUMBANGAN AMAL JARIAH DAN WAKAF
BAGI MENYIAPKAN KERJA-KERJA PEMBANGUNAN SERTA PENYELENGGARAAN
DAN BANTUAN MERINGANKAN BEBAN KOS OPERASI

Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan ABADA memerlukan bantuan dan sumbangan berterusan daripada Ahli Tabarru; dan pada dermawan budiman bagi menyiapkan beberapa kemudahan tambahan seperti berikut;

1. Membina dan menyiapkan sebuah Dewan Tarbiah (Fi Rihaabil Quran) yang memerlukan lebih kurang RM 150,000.00 lagi untuk disiapkan).

2. Cadangan membina dan menyiapkan sebuah Bangunan Pengajian 2 tingkat dengan anggaran Kos Pembinaan sebanyak RM 480,000.00 bagi menampung penambahan pelajar di masa hadapan.

Selain itu, bagi memastikan kebajikan Guru dan Pelajar terjaga, kami memerlukan sebanyak RM 50,000.00 sebulan untuk tujuan memberi elaun Guru, keperluan pengajian, operasi, keperluan pelajar dan makan minum pelajar terutama kepada pelajar anak yatim dan miskin yang diberi pendidikan percuma.

Mafhum Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai dan apa saja yang kamu nafkahkan, Maka sesungguhnya Allah mengetahuinya” Surah Ali Imran ayat: 92.

Segala sumbangan dan bantuan yang diberikan amatlah kami hargai dan hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya. Kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

sumbangan boleh dibuat melalui website www.tahfizabada.com

2 Replies to “Rayuan Sumbangan Dana Wakaf dan Amal Jariah

  1. Assallam
    Mohon pencerahan adakah pihak tuan menghantar wakil untuk mengutip derma dan wakaf bagi pihak tuan.Bagaimana pihak kami untuk mengenalkan pasti mereka itu wakil yang sah.
    Terima kasih.

    1. Wassalam,
      Pihak Abada memang ada menghantar wakil sukarelawan untuk membantu mencari dana. Sebagai wakil sah kami, sukarelawan tersebut dibekalkan dengan dokumen berikut:
      1. Surat Pelantikan
      2. Sijil Perlantikan
      3. Salinan Permit Jabatan Agama Islam Negeri Kedah
      4. Kad Nama wakil
      * Baju vest ada logo abada.

      Tuan Puan boleh hubungi pejabat 04-4761744 untuk membuat semakan tetapi tahu nama wakil yang berjumpa dengan tuan. Sila tanya nama mereka. mereka sepatutnya memberitahu nama sebenar mereka sekiranya mereka wakil sah kami. harap maklum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *