RAYUAN SUMBANGAN AMAL JARIAH DAN WAKAF BAGI MENYIAPKAN KERJA-KERJA PEMBANGUNAN SERTA PENYELENGGARAAN DAN BANTUAN MERINGANKAN BEBAN KOS OPERASI.

Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk.

  1. Sehubungan dengan itu, bagi meneruskan usaha ini pihak ABADA masih memerlukan sumbangan dan bantuan dana berterusan daripada Ahli Tabarru’ ABADA dan para dermawan budiman bagi menyiapkan beberapa kemudahan seperti berikut:

2.1 Menyiapkan Dewan Fi Rihaabil Quran (Surau Maahad) dan membina perpustakaan dengan anggaran kos yang diperlukan lagi sebanyak RM 250,000.00.

2.2 Membina dan menyiapkan sebuah Bangunan Asrama 2 tingkat dengan anggaran kos pembinaan sebanyak RM 480,000.00 bagi menampung pertambahan pelajar di masa hadapan.

  1. Selain itu, bagi memastikan kebajikan guru dan pelajar terjaga, kami memerlukan sebanyak RM 50,000.00 sebulan sebagai kos operasi untuk tujuan memberi elaun guru tahfiz, makan minum pelajar terutama pelajar anak yatim dan miskin (pendidikan percuma) dan lain-lain keperluan pengajian.
  2. Sebagai sebuah Institusi yang ditubuhkan atas dasar Pendidikan dan kebajikan, kami amat memerlukan sokongan dan bantuan berterusan daripada Ahli Tabarru’ dan para dermawan untuk sama-sama kita berjuang dan berjihad menerusi Infaq Fisabilillah, tolong menolong atas dasar kebajikan dan takwa. Saya bagi pihak ABADA merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah membantu menyumbang harta benda dan tenaga selama ini. Hanya Allah SWT sahajalah yang berhak memberi ganjaran sepertimana Mafhum FirmanNya:

“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta kamu yang kamu cintai dan apa saja yang kamu nafkahkan, Maka sesungguhnya Allah mengetahuinya”.      (Surah Ali Imran, ayat;92)

Sekian, Jazakallahu Khairan Kathira.

Yang diamanahkan,

HAJI ALIAS NASRI BIN HAJI MAHAMUD B.K.M

Mudir.

019-4270639

2 Replies to “Rayuan Sumbangan Dana Amal Jariah Zakat dan Wakaf

  1. Assallam
    Mohon pencerahan adakah pihak tuan menghantar wakil untuk mengutip derma dan wakaf bagi pihak tuan.Bagaimana pihak kami untuk mengenalkan pasti mereka itu wakil yang sah.
    Terima kasih.

    1. Wassalam,
      Pihak Abada memang ada menghantar wakil sukarelawan untuk membantu mencari dana. Sebagai wakil sah kami, sukarelawan tersebut dibekalkan dengan dokumen berikut:
      1. Surat Pelantikan
      2. Sijil Perlantikan
      3. Salinan Permit Jabatan Agama Islam Negeri Kedah
      4. Kad Nama wakil
      * Baju vest ada logo abada.

      Tuan Puan boleh hubungi pejabat 04-4761744 untuk membuat semakan tetapi tahu nama wakil yang berjumpa dengan tuan. Sila tanya nama mereka. mereka sepatutnya memberitahu nama sebenar mereka sekiranya mereka wakil sah kami. harap maklum.

Leave a Reply to KHADIJAH Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.