PENGAJIAN DIPLOMA TAHFIZ DAN SPM

Kelayakan:

1. Lelaki sahaja berumur 16 tahun ke atas.

2. Telah menghafal 30 Juzuk Al-Quran ( Hendaklah surat atau sijil pengesahan)

3. Tidak merokok dan baik akhlak

4. Mempunyai minat dan komitmen yang tinggi untuk mengulang hafalan dan belajar.

5. Sanggup mematuhi segala peraturan Institut.

Tempoh Pengajian:

Tempoh pengajian adalah selama empat (4) Semester (2 Tahun).

Sijil Ditawarkan:

1) Sijil Diploma Tahfiz

2) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Muaturun Borang Permohonan [pdf] Muaturun Borang Permohonan [jpeg]

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN.

1) Tawaran terus masuk ke Pengajian Diploma Tahfiz Wal Qiraat dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat dengan Kepujian tanpa temuduga dan pengajian dibiayai oleh MARA (tertakluk terma & syarat) di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kuala Ketil, Kedah Darul Aman. (Minimum 3 Kepujian (Kredit) SPM).

2) Dengan adanya Sijil SPM pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS). Pelajar juga berpeluang melanjutkan pengajian di luar Negara seperti Mesir, Jordan dan lain-lain.

3) Pelajar juga boleh mendaftarkan diri untuk mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di mana-mana sekolah yang menjalankan kelas STAM atau secara persendirian.

TEMPAT TINGGAL

Pelajar Diploma akan disediakan tempat tinggal di luar kawasan Institut ini bagi memberi lebih keselesaan. (bayaran akan dikenakan mengikut kos semasa dan tempat tersebut)