PRASARANA PEMBANGUNAN KOMPLEKS

Lembaga Tadbir mengambil ketetapan bahawa kaedah perlaksaaan Prasarana Pembangunan Kompleks Pendidikan dan Kebajikan melalui pendekatan Tabaru’at menurut Syariat Islam, penggalakan menghayati Islam sebagai Addin ditawarkan kepada umat prihatin mengerjakan ibadah Pengorbanan Harta mengikut prinsip Agama Islam, menyempurnakan tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah, menjadikan mereka golongan perlaksana perintah suruhan, meninggalkan perintah larangan dengan melakukan kebaikan kepada makhluk seumpama Allah melakukan kebaikan kepadanya. Nescaya terbuka ruang seluas-luas kepada mereka ahli Tabaru’at untuk mengambil peluang yang berfaedah melalui Jihad Pengorbanan Harta “Infaq Fisabilillah” perkembangan Islam, pendidikan dan kebajikan, diperuntukan kepada peranan memenuhi tuntutan keperluan umat Islam sejagat di akhir zaman.

Fasiliti

  • Bangunan Pentadbiran,Dewan Kuliyah dan Kelas Pengajian

bangunan 3 tingkat keluasan lantai 14700 kaki persegi, 10 Bilik darjah, Dewan kuliah, pejabat pentadbiran

  • Asrama Pelajar

Bangunan 2 tingkat keluasan lantai 5000 kaki persegi. Menempatkan Asrama Pelajar.

 

  • Bangunan Kelas

Bangunan keluasan lantai 3000 kaki persegi, menempatkan bilik darjah dan perpustakaan.

 

 

  • Dewan Makan/Kantin

Bangunan Dewan Makan keluasan lantai 2800 kaki persegi. Siap dibina tahun 2012.