latarbelakang

1. Nama Dan Alamat

01. NAMA : INSTITUT PENDIDIKAN ISLAM DAN TAHFIZ AL-QURAN (ABADA)

02. NO. PENDAFTARAN : MAIK 3/2002

03. ALAMAT : LOT 2853 KOMPLEKS PENDIDIKAN ISLAM, PARIT PANJANG, 09200 KUPANG, KEDAH DARUL AMAN.

04. NO. TEL/FAKS : +604-476 1744

05. WEB/E-MAIL : http://www.tahfizabada.com / mudir@tahfizabada.com

2. Deklarasi

ABADA merupakan institusi pusat pengajian ilmu Islam secara menyeluruh berasaskan kepada Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias dan bahasa pengantar adalah Bahasa Arab sukatan pelajaran Azhariah Sistem Nizhomi mengikut tahap I’dadi, Thanawi dan A’liah dan pengajian Umumi mengikut Talaqqi sanad dan Ijazah Masyaeikh Ulama’ Muktabar. ABADA memberi keutamaan kepada dakwah penyebaran dan perkembangan Agama Islam dan pemutihan kedaulatan kesultanan serta Hak Ketuanan Alam Melayu, tumpuan kepada keamanan, kemakmuran wilayah Islam Melayu “Merdeka” bagi menerangi Alam Sejagat.

3. Justifikasi

ABADA melihat kepada institusi yang berada di bawahnya sekarang dan akan datang, sudah memberi gambaran yang sangat jelas akan keperluan kompleks pendidikan dan pentadbiran, transformasi kemudahan dan tenaga pendidik yang lengkap adalah sangat terdesak untuk membantu memenuhi impian pelajar mencapai tahap cemerlang, gemilang, terbilang dan handalan. ABADA dengan membesarkan segala Himmah, menghadapkan segala Inayah, bersungguh-sungguh usaha pada saban tahun sangat memerlukan belanja yang besar hasil pengorbanan Infaq Fisabilillah berasaskan konsep Amal Jariah kepada Tabung Dana Pendidikan dan Kebajikan untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti, menjayakan program-program atas tujuan penyebaran dan perkembangan Agama Islam.

4. Misi dan Visi

misi Memenuhi tuntutan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Melahirkan generasi beriman, berilmu, beramal dan bertakwa. Melahirkan seberapa ramai Ulama’ berkemahiran dengan ilmu Islam lagi Huffaz. Menampung kekurangan para ilmuan Islam dalam dan luar Negara. Memenuhi keperluan Imam dan pimpinan umat akhir zaman.

5. Visi

Pondok Ummah Para Da’ie, Penyebaran dan Perkembangan Islam Pembangun Generasi Khalaf.