PENGAJIAN ISLAM DAN TAHFIZ AL-QURAN

Kelayakan:

1. Lelaki sahaja.

2. Berumur 12 tahun hingga 13 tahun.

3. Boleh membaca Al-Quran dengan baik (lulus temuduga).

4. Mempunyai minat dan komitmen yang tinggi untuk menghafaz Al-Quran.

5. Tidak merokok dan berakhlak mulia.

6. Sanggup mematuhi segala peraturan Institut.

* Pelajar Anak Yatim atau miskin akan diberikan pendidikan percuma

Tempoh Pengajian: Tempoh pengajian adalah selama empat (4) tahun. Pelajar diwajibkan menghabiskan hafalan 30 juzuk al-Qur’an dan sukatan pelajaran Institusi ini.

Pencapain: Sejak ditubuhkan Institut ABADA telah berjaya melahirkan lebih 313 Imam yang menghafal 30 juzuk Al-Quran. Pelajar Institut ini telah beberapa kali memenangi Musabaqah Tahfiz Al-Quran Peringkat Negeri dan Kebangsaan.

#

Muaturun Borang Permohonan [pdf] Muaturun Borang Permohonan [jpeg] Permohonan ONLINE [jpeg]

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN.

Pelajar yang berjaya tamat pengajian berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti di Kuliah Shubra Al-Azhar Mesir, Universiti Islam Sana’a Yaman, Umul Qura Makkah Mukarramah, Universiti Islam Madinatul Munawarah, Universiti Al-Fatah Islami Syiria, Universiti Islam Indonesia (IAIN) dan yang setaraf dengannya di dalam dan luar Negara.

 

TEMPAT TINGGAL

Semua pelajar Pengajian Islam dan Tahfiz Al-Quran dan Diploma Tahfiz diwajibkan tinggal di asrama yang disediakan kecuali pelajar kuliah umumi dan kursus pengajian Al-Quran, Fardu Ain dan Bahasa Arab dan lain-lain yang ditawarkan.