Fasiliti

Lembaga Tadbir mengambil ketetapan bahawa kaedah perlaksaaan Prasarana Pembangunan Kompleks Pendidikan dan Kebajikan melalui pendekatan Tabaru’at menurut Syariat Islam, penggalakan menghayati Islam sebagai Addin ditawarkan kepada umat prihatin mengerjakan ibadah Pengorbanan Harta mengikut prinsip Agama Islam, menyempurnakan tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah, menjadikan mereka golongan perlaksana perintah suruhan, meninggalkan perintah larangan dengan melakukan kebaikan kepada makhluk seumpama Allah melakukan kebaikan kepadanya.

Nescaya terbuka ruang seluas-luas kepada mereka ahli Tabaru’at untuk mengambil peluang yang berfaedah melalui Jihad Pengorbanan Harta “Infaq Fisabilillah” perkembangan Islam, pendidikan dan kebajikan, diperuntukkan kepada peranan memenuhi tuntutan keperluan umat Islam sejagat di akhir zaman.

Bangunan Pentadbiran, Dewan Kuliyah dan Kelas Pengajian
Bangunan Asrama Pelajar
Bangunan Kelas
Dewan Makan/Kantin