Sijil Tahfiz, Pengajian Islam & Bahasa Arab
Program Sijil Tahfiz Al-Quran merupakan pengajian peringkat pertama sebelum program Sijil Syahadah Al-Quran. Tempat adalah terhad dan proses saringan temuduga akan dilaksanakan terlebih dahulu untuk calon yang benar-benar layak.
Kelayakan
- Lelaki sahaja.
- Berumur 12,13 atau 14 tahun.
- Boleh membaca Al-Quran dengan baik (lulus temuduga).
- Mempunyai minat dan komitmen yang tinggi untuk menghafaz Al-Quran.
- Tidak merokok dan berakhlak mulia.
- Sanggup mematuhi segala peraturan Institut.
* Pelajar anak yatim atau miskin akan diberikan pendidikan percuma.
Saringan
- Setiap pelajar perlu hadir sesi temuduga (Al-Quran/Tajwid/Fardhu Ain)
- Tarikh temuduga akan dimaklumkan kemudian.
- Hanya yang lulus temuduga dan memenuhi syarat yang akan ditawarkan masuk.
Sukatan Pengajian
- Mengikut Sukatan Al-Azhari
- Hafal 30 Juzuj Al-Quran
- Kelas Fardhu Ain dan Bahasa Arab.
- Pengajian Umumi Kitab-kitab Agama.
Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian adalah selama 4 tahun.
Pencapaian
Sejak ditubuhkan Institut ABADA telah berjaya melahirkan Imam-imam serta profesional yang menghafal 30 juzuk Al-Quran. Pelajar Institut ini telah beberapa kali memenangi Musabaqah Tahfiz Al-Quran Peringkat Negeri dan Kebangsaan.
