PENGAJIAN ISLAM DAN TAHFIZ AL-QURAN

Program Pengajian Syahadah Tahfiz Al-Quran merupakan pengajian peringkat kedua selepas program Pra-Tahfiz. Tempat adalah terhad dan proses saringan temuduga akan dilaksanakan terlebih dahulu untuk calon yang benar-benar layak.

Kelayakan

  1. Lelaki sahaja.
  2. Berumur 12 tahun hingga 13 tahun.
  3. Boleh membaca Al-Quran dengan baik (lulus temuduga).
  4. Mempunyai minat dan komitmen yang tinggi untuk menghafaz Al-Quran.
  5. Tidak merokok dan berakhlak mulia.
  6. Sanggup mematuhi segala peraturan Institut.

* Pelajar anak yatim atau miskin akan diberikan pendidikan percuma.

Saringan

  • Setiap pelajar perlu hadir sesi temuduga (Al-Quran/Tajwid/Fardhu Ain)
  • Tarikh temuduga akan dimaklumkan kemudian.
  • Hanya yang lulus temuduga dan memenuhi syarat yang akan ditawarkan masuk.

Sukatan Pengajian

  • Mengikut Sukatan Al-Azhari
  • Hafal 30 Juzuj Al-Quran
  • Kelas Fardhu Ain dan Bahasa Arab.
  • Pengajian Umumi Kitab-kitab Agama.

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian adalah selama 4 tahun.

Pencapaian

Sejak ditubuhkan Institut ABADA telah berjaya melahirkan lebih 313 Imam yang menghafal 30 juzuk Al-Quran. Pelajar Institut ini telah beberapa kali memenangi Musabaqah Tahfiz Al-Quran Peringkat Negeri dan Kebangsaan.