Rayuan Sumbangan Amal Jariah dan Wakaf

Sumbangan boleh dilakukan menerusi pindahan bank atas nama akaun INTSTITUT PENDIDIKAN ISLAM DAN TAHFIZ AL-QURAN (ABADA) seperti dibawah:

BANK NO AKAUN
02-048-01-005-4647
 5520-5969-9076
0211-8410-0005-4873

Bagi meneruskan usaha murni ini, pihak pengurusan masih memerlukan sumbangan dan bantuan berterusan daripada Ahli Tabarru’ ABADA dan para dermawan budiman di luar sana bagi menyiapkan beberapa kemudahan tambahan seperti berikut:

  • Sebuah Dewan Tarbiyyah (Fi Rihabil Quran) dengan aggaran kos pembinaan RM580,000.00. Dewan ini masih dalam pembinaan dan memerlukan lebih kurang RM100,000.00 lagi.
  • Membina dan menyiapkan sebuah Bangunan Asrama 2 tingkat dengan anggaran kos pembinaan sebanyak RM 480,000.00 bagi menampung pertambahan pelajar di masa hadapan.
  • Sumbangan berterusan juga diperlukan dalam bentuk amal jariah membantu beban kos operasi bulanan keperluan elaun guru dan pelajar, anak yatim/miskin yang diberi pendidikan percuma dan ditanggung makan/minum serta keperluan lain di Institut ini dengan kos tanggungan sebanyak RM50,000.00 sebulan.

1. Menyiapkan Dewan Fi Rihaabil Quran

2. Membina dan menyiapkan sebuah Bangunan Asrama 2 tingkat

Skim wakaf yang disediakan ialah Wakaf Tunai, Wakaf Bangunan dan Wakaf Bahan Binaan.

Sebagai sebuah Institusi yang ditubuhkan atas dasar pendidikan dan kebajikan, kami amatlah memerlukan sokongan dan bantuan berterusan daripada Ahli Tabarru’ dan para dermawan budiman untuk sama-sama kita berjuang dan berjihad menerusi Infaq Fi Sabilillah, tolong menolong atas dasar kebajikan.

Bagi pihak pengurusan Institut ini merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah membantu dan menyumbang harta benda dan tenaga selama ini, hanya Allah SWT sahajalah yang berhak memberi ganjaran sepertimana MafhumNya:

“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai dan apa sahaja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” – Surah Ali Imran, ayat 92.

Borang Sumbangan Online Tahfiz ABADA