Kepada Ahli Tabbarru’ Budiman Dan Prihatin,

RAYUAN SUMBANGAN AMAL JARIAH BAGI MEMBANTU MERINGANKAN BEBAN KOS OPERASI DAN SUMBANGAN WAKAF BAGI KERJA-KERJA PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN.

Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, pihak Pengurusan Abada sebagai penerusan kepada usaha kebajikan ini masih memerlukan sumbangan dan bantuan daripada muslimin/muslimat ahli tabbarru’ yang budiman dan prihatin dalam bentuk Amal Jariah dan wakaf bagi beberapa tujuan seperti berikut:

2.1 Membina dan menyiapkan sebuah dewan terbuka dengan keluasan 50′ x 50′ (2500 kaki persegi) serta kerja-kerja berkaitan dengannya dengan anggaran kos pembinaan sebanyak RM 150,000.00 (Ringgit Malaysia Seratus Lima Puluh Ribu Sahaja).

2.2 Kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih bangunan sedia ada dengan anggaran kos sebanyak RM 50,000.00(Ringgit Malaysia Seratus Lima Puluh Ribu Sahaja).

2.3 Selain itu, bagi memastikan kebajikan guru dan pelajar terjaga, kami memerlukan sebanyak RM 50,000.00 sebulan bagi tujuan menampung kos keperluan pendidikan dan makan minum pelajar yang semakin meningkat terutama pelajar golongan anak yatim dan miskin yang diberikan pendidikan percuma dan kos elaun guru-guru serta kakitangan sokongan semakin meningkat.

3. Sebagai sebuah institusi yang ditubuhkan atas dasar pendidikan dan kebajikan, kami amat memerlukan sokongan dan bantuan berterusan daripada muslimin/muslimat Ahli Tabbarru’ budiman prihatin untuk sama-sama berjuang dan berjihad menerusi Infaq Fisabilillah dan tolong menolong atas dasar agama dan kebajikan bagi memartabatkan pendidikan Al-Quran dan Agama Islam.

4. Institut Abada mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang dan pewakaf Abada yang selama ini berterusan membantu dan menyokong dengan harta benda dan sokong tidak berbelah bahagi untuk membantu Institut Abada ini.

Hanya Allah SWT sahaja yang layak membalas dan memberi sebaik-baik ganjaran sepertimana mafhum Firman Allah SWT : “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah SwT mengetahuinya”. (Surah Ali Imran: Ayat 92)

Yang menjalankan amanah,

HAJI ALIAS NASRI BIN HAJI MAHAMUD B.K.M

Mudir Abada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.