AL-QURAN PENDIDIKAN UTAMA PEMANGKIN KELESTARIAN UMMAH

Institut Pendidikan Islam Dan Tahfiz Al-Quran (ABADA) telah diangkat sebagai Maahad Tahfiz Angkat Kulliyyah Usuluddin dan Sains Al-Quran UniSHAM di bawah Kerjasama Pendidikan melalui program SPM FAST TRACK ROAD TO UNISHAM. Dengan pengiktirafan ini pihak Institut akan menjadi Pusat Pengajian SPM bagi membuka laluan terus kepada pelajar tahfiz menyambung pengajian di UNISHA.M. Diharap dengan kerjasama ini akan memberi peluang seluas-luasnya kepada pelajar lepasan tahfiz seluruh Malaysia mengambil SPM dan seterusnya menyambung pengajian di peringkat Universiti. Program ini juga diperluaskan lagi kepada pelajar-pelajar lepasan pondok seluruh Malaysia.

Bagi memastikan program ini berjalan dengan baik, pihak kami berharap sangat kepada masyarakat dapat membantu kami menyediakan prasarana kepada pelajar-pelajar yang dijangka meningkat kepada seramai 250 orang pelajar tahun hadapan. Sumbangan tuan/puan Budiman perihatin amatlah kami alu-alukan. Semoga dengan sumbangan dan bantuan daripada semua pihak, maka kami dapat membantu pelajar-pelajar mendapatkan Pendidikan terbaik dan selesa bagi memastikan kejayaan mereka. Kejayaan mereka adalah kejayaan kita semua. Semoga Allah memberkati usaha kita semua memperjuangkan pendidikan kepada anak Negara Bangsa.

Sumbangan Online

https://www.facebook.com/Pondoktahfizabada/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.