Bagi mereka yang mahu membuat sumbangan amal jariah kepada pihak Tahfiz ABADA, anda boleh melakukan sumbangan secara online melalui pindahan bank kepada akaun bank Tahfiz ABADA, di bawah nama INSTITUT PENDIDIKAN ISLAM DAN TAHFIZ AL-QURAN (ABADA). Untuk urusan audit dan penyerahan resit rasmi, sila isikan borang sumbangan online setelah transaksi berjaya dilakukan.

Secara ringkasnya, aliran proses adalah seperti berikut:

  1. Lakukan transaksi pindahan wang dari bank pilihan anda ke mana-mana akaun bank ABADA melalui mesin ATM/CDM atau secara atas talian (online).
  2. Dapatkan resit atau screenshot dari transaksi tersebut.
  3. Isi Borang Sumbangan Online Tahfiz ABADA.
  4. Pengesahan dari pihak Tahfiz ABADA dan penghantaran resit rasmi.

Pihak Tahfiz ABADA akan mengesahkan transaksi berdasarkan lampiran yang diberi oleh penyumbang dalam borang sumbangan online tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *